SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, November 13, 2025

Mula Semula

Actually lama dah aku tak menulis. Mood menulis lama dah hilang masuk dalam gua. Dengan tuan dia sekali kalau boleh nak masuk gua tak keluar dah.

Aku draft semua post lama. Tukar link ke blog. Malas nak tengok kebodohan sendiri di zaman muda. Kahkahkah!

Sekarang kalau boleh nak lay low je. FB pun dah tak berupdate. IG pun sama. Kadang-kadang ada la keluar sat dari hibernation. Lebih aman rasanya kot.

Tiktok sekadar wujud sebab keperluan ofis. Tak pernah up apa-apa. Repost aje la. Ye, ofis aku ni kalau boleh semua sosmed yang ada depa nak suruh register n aktif. Gila glamer la katakan. 😏

Semua tu kita serahkan pada pegawai n staf muda je la. Aku nak bersantau-santau je. Eh! 😂

Banyak benda sebenarnya kalau boleh nak keluarkan dari kepala ni. Takpe la, selagi boleh simpan kita simpan. Tak tahan nanti kita luah. Semoga yang diluahkan orang tak cam. Hahahaha! 

Ok la. Nak siapkan minit mesyuarat. Benda paling tak suka nak buat tapi kena buat jugak. Semoga siap la hendaknya.